Saturday, July 17, 2010

Selamat datang dan terima kasih

Hi...

Mila N Kids Collections mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog Mila N Kids Collections. Teruskan bersama kami kerana anda akan menemui apa yang anda cari-cari selama ini terutama untuk keperluan bayi dan ibu.

Buat masa ini Mila N Kids menawarkan anda barangan lampin kain moden terpilih dengan harga yang berpatutan,berkualiti serta mempunyai pelbagai warna dan corak.Penggunaan lampin kain moden ini kini telah menjadi pilihan ramai kerana telah terbukti lebih praktikal serta menjimatkan wang untuk pelaburan jangkamasa panjang.

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 2 tahun, seorang bayi menggunakan sekurang-kurangnya 5000 hingga 7000 keping lampin pakai buang?. Harga lampin pakai buang berjenama RM0.60/sekeping, jika seorang bayi itu menggunakan 8 keping sehari, sebulan harga yang pelu dibayar ialah RM144.00. Dalam tempoh setahun perbelanjaan yang harus dikeluarkan untuk membeli lampin pakai buang ialah RM1728.00.

Dan tahukah anda lampin pakai buang bayi adalah penyumbang sampah ketiga terbesar dunia dan mengambil masa selama 500 tahun untuk dilupuskan?.

Sebagai ibu dan bapa yang perihatin kepada keselamatan alam sekitar,marilah kita bersama-sama menjaga alam sekitar mulai sekarang dengan bertukar kepada penggunaan lampin kain moden.

Pada masa akan datang Mila N Kids Collections akan menawarkan barangan keperluan bayi yang lain dan juga keperluan untuk ibu-ibu pula. Teruskanlah bersama kami ok.

No comments:

Post a Comment