Cloth Diaper

Apakah lampin kain moden?.
Lampin Kain Moden adalah lampin yang diperbuat daripada beberapa peratus campuran kapas, baldu buluh dan polister yang membentuk lampin yang sangat efektif, mudah guna, mesra alam, tahan lasak dan sangat menjimatkan untuk jangka masa panjang. Ia sangat berbeza dengan lampin kain biasa yang digunakan pada masa dahulu sebelum popularnya lampin pakai buang.

Mila N Kids Collections tidak ketinggalan menyertai era lampin kain moden ini kerana selain daripada membantu ibubapa mencari lokasi/medan untuk mendapatkan lampin kain moden, kami juga dapat membantu dunia menyelamatkan bumi hijau dari terus tercemar.Tahukah anda lampin pakai buang bayi adalah penyumbang sampah sarap ketiga terbesar dunia dan mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan?.

Dari segi penjimatan kos pula. tahukah anda bahawa dalam tempoh 2 tahun, seorang bayi menggunakan sekurang-kurangnya 5000 hingga 7000 keping lampin pakai buang?. Harga lampin pakai buang berjenama RM0.60/sekeping, 8 keping sehari, sebulan RM144.00. Dalam tempoh setahun perbelanjaan yang harus dikeluarkan untuk membeli lampin pakai buang ialah RM1728.00.

Mila N Kids mencadangkan anda menggunakan beberapa jenama lampin kain moden yang mempunyai kualiti yang tinggi dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan ibubapa samada berpendapatan tinggi atau rendah. Lampin kain moden ini mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik yang pasti akan menarik minat anak anda dan membuatkan mereka seronok dan gembira memakainya.

Kebaikan menggunakan lampin kain moden
  1. Menjimatkan wang anda dan sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.
  2. Lampin kain moden diperbuat dari bahan asas semula jadi yang lebih mesra alam.
  3. Cepat kering bila dicuci menggunakan mesin basuh dan boleh digunakan berulang kali.
  4. Mengurangkan risiko ruam lampin kerana tidak terlalu terdedah kepada bahan kimia yang terdapat pada lampin pakai buang.
  5. Anak anda akan cepat pandai menggunakan tandas kerana si kecil tidak selesa dengan kesan basah pada lampin kain moden.
  6. Lampin kain moden mempunyai pelbagai corak dan warna yang cantik dan menarik. Si kecil akan seronok memakainya.
  7. Lampin kain moden mudah dibawa, mudah digunakan, dan tahan lasak.
  8. Fabrik buluh dapat melindungi bayi anda dari sinaran ultra violet (UV).

Bagaimana Kain Lampin Moden menjimatkan wang anda.
Pengiraan berdasarkan purata penggunaan 5 keping sehari.
RM0.60 x 5 keping x 30 hari RM90.00 sebulan
RM90.00 x 12 bulan RM1,080.00 setahun
RM1,080.00 x 2 tahun RM2,160.00

Kos menggunakan 20 keping lampin kain moden untuk 2 tahun
(corak kosong RM28.00 dan corak bergambar RM35.00)
RM28 x 20 keping RM560.00 2 tahun
JIMAT RM2,160.00 - RM560.00 = RM1,600.00
RM35 x 20 keping RM700.00 2 tahun 
JIMAT RM2,160.00 - RM700.00 = RM1,460.00

ANTARA KOLEKSI PILIHAN MAMPU MILIK

 QQ BABY PLAIN/TANPA CORAK - RM28/pc 
QQ Baby Plain  tersedia dalam 15 pilihan warna yang menarik. Sangat selesa dan sangat efektif untuk menjadi pilihan kepada bayi anda kerana mempunyai daya penyerapan lembapan yang tinggi. Mudah diselenggarakan, mudah dibawa, cepat kering dengan cucian mesin basuh, tahan lasak dan amat menjimatkan untuk pelaburan jangka panjang.

Ciri-ciri pada QQ Baby Plain
Satu saiz lampin kain moden berpoket x 2 gantian microfiber dengan 3 lapisan.
Mempunyai rekaan yang unik dengan 3x3 butang yang boleh diselaraskan kepada 3 saiz, S,M dan L mengikut umur dan berat bayi anda.
Sesuai untuk bayi dengan berat 3kg hingga 13kg.
Mudah diselaraskan mengikut besar pinggang dan peha.
Lapisan dalamnya terdiri daripada campuran kapas dan microfleece yang cepat menyerap lembapan, kering dan selesa.
Lapisan luarnya terdiri daripada 100% poliester yang dapat menampung lembapan bayi.


 QQ BABY MINKY BAMBOO - RM35/pc
   
QQ Baby Minky Bamboo terdapat dalam 15 pilihan corak dan warna yang sangat menarik. Corak yang tidak terdapat dalam gambar diatas ialah Blue Lovely Heart, Girrafe Print, Tiger Print, Orange Speckles,Pink Love,White Moo Cow dan Blue Speckles.

Ciri-ciri pada QQ Baby Minky Bamboo
Satu saiz lampin kain moden berpoket x gantian microfibre dengan 3 lapisan.
Rekaan unik dengan 3x3 butang boleh selaras kepada 3 saiz S,M dan L.
Sesuai untuk berat bayi 3kg hingga 13kg.
Mudah diselaras mengikut besar pinggang dan peha.
Lapisan dalamnya diperbuat daripada campuran baldu buluh dan kain kapas yang lembut, kering dan selesa.
Lapisan luarnya tersiri daripada lapisan 100% poliester yang sangat baik untuk menampung lembapan.


QQ SNAZY MINKY VELCRO - RM33/pc

Terdapat dalam beberapa pilihan corak dan warna yang menarik, sangat selesa dan sangat efektif untuk menampung lembapan si kecil anda. Mempunyai kadar penyerapan yang tinggi, mudah dibawa, cepat kering, tahan lasak dan tentu sekali sangat menjimatkan wang anda.

Ciri-ciri QQ Snazy Minky Velcro
Satu saiz lampin kain moden berpoket x 2 gantian microfiber dengan 3 lapisan microfiber.
Rekaan yang unik dengan 3x3 butang boleh ubah kepada 3 saiz S,M dan L.
Sesuai untuk bayi dengan berat 3kg hingga 13kg.
Mudah deselaraskan mengikut besar pinggang dan peha.
Lapisan dalamnya terdiri dari kapas yang kering dan selesa.
Lapisan luarnya terdiri daripada 100% polister yang mampu menampung lembapan.


 COOLABABY SNAP/VELCRO PLAIN/TANPA CORAK - RM28/pc
 
Coolababy adalah peneraju dalam penciptaan lampin kain moden yang dihasilkan oleh golongan ibu yang perihatin dan berpengalaman dalam menggunakan lampin kain moden ini. Coolababy lampin kain moden lebih efektif, berkesan dan berkualiti.

Ciri-ciri pada Coolababy Snap/Velcro Plain
Lampin kain moden dengan 2 keping gantian.
Boleh diubah kepada 3 saiz yang berbeza S,L dan M.
Mempunyai 3 butang yang boleh diselaraskan.
Sesuai untuk bayi dengan berat 3kg hingga 13kg.
Lapisan dalam dari kain kapas yang lembut dan selesa.
Lapisan luaran yang berkeupayaan menampung lembapan.
Dibuat 100% dari polister.
Mudah dibawa, dicuci dan lebih ekonomik.


COOLABABY FLEECE - RM32/pc
Coolababy Fleece terdiri dari hanya 2 warna dan corak yang dihasilkan oleh golongan ibu yang perihatin dan berpengalaman dalam menggunakan lampin kain moden ini. Coolababy lampin kain moden lebih efektif, berkesan dan berkualiti.

Ciri-ciri pada Coolababy fleece.
Lampin kain moden dengan 2 keping gantian.
Boleh diubah kepada 3 saiz yang berbeza S,L dan M.
Mempunyai 3 butang yang boleh diselaraskan.
Sesuai untuk bayi dengan berat 3kg hingga 13kg.
Lapisan dalam dari kain kapas berbulu tebal yang lembut dan selesa.
Lapisan luaran yang berkeupayaan menampung lembapan.
Dibuat 100% dari polister.Mudah dibawa, dicuci dan lebih ekonomik.


COOLABABY BAMBOO CHARCOAL - RM35/pc 
Coolababy bamboo charcoal terdiri dari hanya 13 warna yang menarik yang dihasilkan daripada baldu buluh yang direka khusus oleh golongan ibu yang perihatin dan berpengalaman dalam penggunaan lampin kain moden ini. Coolababy bamboo charcoal ini  lebih efektif, berkesan dan berkualiti.

Ciri-ciri pada Coolababy Bamboo Charcoal.
Lampin kain moden dengan 2 keping gantian.
Boleh diubah kepada 3 saiz yang berbeza S,L dan M.
Mempunyai 3 butang yang boleh diselaraskan.
Sesuai untuk bayi dengan berat 3kg hingga 13kg.
Lapisan dalamnya diperbuat daripada campuran kapas dan baldu buluh tebal yang lembut dan selesa.
Lapisan luaran yang berkeupayaan menampung lembapan.
Dibuat 100% dari polister.
Mudah dibawa, dicuci dan lebih ekonomik.


LAPIK GANTIAN(INSERT) DAN BAG BASAH (WETBAG) UNTUK QQ DAN COOLABABY
Lapik gantian/insert ini boleh dibeli secara berasingan. Sekeping insert berharga RM8.00
Wet bag ini boleh dibeli berasingan dengan harga RM15.00 Sehelai.
BABYLAND PRINTED - RM35/pc
 
BABYLAND PRINTED setakat ini tersedia dalam 4 corak yang sangat menarik untuk bayi anda.

Ciri-ciri babyland printed.
Lampin kain moden jenama ini mempunyai rekaan corak yang menarik.
Diperbuat daripada Microfleece (kapas berbulu) dibahagian dalamnya.
Lapisan luarnya diperbuat daripada kain PUL yang cepat menyerap air.
Lapik gantian diperbuat daripada 3 lapisan kain microfiber untuk daya penyerapan yang tinggi.
Mempunyai 3x3 butang dan mudah diselaraskan kepada 3 saiz yang berbeza S,M dan L.
Direka untuk bayi baru lahir dengan berat 3kg hingga 13kg.


  BABYLAND PLAIN - RM28/pc
Anda boleh membuat pilihan mengikut warna, corak, kualiti atau jenama yang boleh anda percayai.
Untuk mendapatkan harga promosi, klik address dibawah.