![]() | |||||||
| Harga Tawaran RM65.00 untuk 2 Pcs ini. |
Harga Tawaran
4 pcs RM104.00
6 pcs RM158.00
7 pcs RM175.00
3 pcs RM103.00
2 pcs RM65.00
4 pcs RM124.00
6 pcs RM188.00
![]() |
| SOLD - Telah di Borong. |
4 pcs RM104.00
6 pcs RM158.00
![]() | |||||||
| Harga Tawaran RM65.00 untuk 2 Pcs ini. |
![]() |
| SOLD - Telah di Borong. |
Mencuci lampin kain moden sebelum digunakan
Lampin kain moden yang baru mestilah dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mendapatkan hasil penyerapan yang baik. Rendam di dalam air panas semalaman, kemudian cuci dengan sedikit sabun pencuci (lampin kain moden tidak memerlukan banyak sabun pencuci). Keringkan seperti biasa. Pencucian ini sebaik-baiknya dilakukan 2 - 3 kali untuk hasil penyerapan yang baik. Anda boleh memilih untuk menggunakan cucian secara cuci tangan atau menggunakan mesin basuh. Anda di galakkan untuk meletakkan lampin kain moden didalam beg cucian sebelum mencucinya dengan mesin basuh . Sila pastikan sabun pencuci anda bebas dari bahan peluntur, pelembut dan bahan enzim yang lain.
Bilakah masa yang sesuai untuk menukar lampin kain moden
Lampin kain moden perlu ditukar sebaik sahaja basah atau terdapat kekotoran najis. Adalah digalakkan untuk menggunakan lampin kain moden dan lampin pakai buang selama 3-4 jam sekali guna, kecualilah di waktu malam atau semasa sikecil anda tidur.
Gunakan wetbag untuk menyimpan lampin kain moden yang basah.
Bagaimana mencuci kekotoran pada lampin kain moden?
Keluarkan lapik gantian (insert) dari poket lampin kain moden sebelum mencucinya. Masukkan ke dalam bag cucian mesin dan masukkan ke dalam mesin basuh. Sekiranya anda membuat cucian tangan, pastikan anda telah memerahnya sehingga benar-benar kering untuk memastikan sabuh basuh benar-benar bersih. Jemur lampin kain moden anda dibawah sinaran matahari kerana sinaran matahari akan menanggalkan kesan sabun yang tertinggal.
Mencuci lampin kain moden Velcro
Setelah mengeluarkan lapik gantian (insert) dari poket lampin kain moden, terbalikkan lampin kain moden dan lekatkan velcro tape sebelum memasukkan lampin kain ke dalam mesih basih. Ini adalah untuk mengelakkan velcro tape melekat pada lain-lain pakaian di dalam mesin basuh.
Secara asasnya, semua sabun yang tiada bahan peluntur , bahan pemutih, atau bahan enzim lain boleh digunakan. Jenama sabun pencuci dibawah adalah dicadangkan:-
Untuk menghilangkan kotoran degil yang meninggalkan bau yang kurang menyenangkan dari lampin kain moden.
Menggunakan lebih sabun basuh atau apa saja bahan pembersih untuk lampin kain moden akan meninggalkan sisa sabun. Ini mungkin akan menyebabkan lampin kain moden anda tidak berfungsi dengan baik, mengalami kebocoran atau kurang kesan penyerapan.
Untuk menanggalkan kekotoran dan bau yang degil, sila ikuti langkah berikut:-
Sungguh mudah bukan?. Anda pasti akan melakukannya dengan gembira untuk si kecil comel anda setelah melihat hasilnya yang sangat mudah kendalian, tahan lasak, mudah dibawa, cantik, menarik dan sangat menjimatkan wang anda.
Selamat bergembira.
Ikuti step 1 hingga 6 untuk mengubah saiz lampin kain moden dan memasukkan lapik (Insert)

Mengubah saiz lampin kain moden Velcro Tape
Dengan hanya memiliki 1 keping lampin kain moden, anda boleh mengubah saiz mengikut berat si kecil dari 3kg hingga 13kg dengan hanya mengubah butang-butang yang terdapat pada permukaan lampin kain moden. Anda juga boleh mengubah saiz lampin kain moden mengikut besar pinggang dan peha si kecil.
1 saiz kepada 3 saiz, S,M dan L. 
Semestinya menggunakan lampin kain moden amat menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang dan seterusnya membantu anda menjaga alam sekitar.