Wednesday, July 21, 2010

Belilah mengikut harga pakej

Mila N Kids Collections menawarkan harga pakej lampin kain moden yang lebih rendah kepada anda.

Ayoh buat tempahan sekarang!!.
BABAYLAND PRINTED
 

Swirl & Rabbit1 pc RM35.00
2 pcs RM69.00
4 pcs RM136.00
6 pcs RM200.00
8 pcs RM264.00
10 pcs RM320.00
SOLD OUT




Hello Kitty & Tiger1 pc RM35.00
2 pcs RM69.00
4 pcs RM136.00
6 pcc RM200.00
8 pcs RM264.00
10 pcs RM320.00
SOLD OUT


Babyland plain color CD1 pc RM28.00
2 pcs RM55.00
4 pcs RM108.00
6 pcs RM158.00
8 pcs RM208.00
10 pcs RM250.00
SOLD OUT

COOLABABY PRODUK
 


Extra Insert 1 pc RM8.00
Wetbag 1 pc RM15.00










Coolababy Fleece Snap type1 pc RM32.00
2 pcs RM63.00
4 pcs RM124.00
6 pcs RM182.00
8 pcs RM240.00
10 pcs RM290.00
SOLD OUT





Coolababy Bamboo Charcoal1 pc RM35.00
2 pcs RM69.00
4 pcs RM136.00
6 pcs RM200.00
8 pcs RM264.00
10 pcs RM320.00
Harga Promosi.
1pc RM35.00
4pcs RM132.00
8pcs RM248.00
Refer pada Jualan Penghabisan Stok




Coolababy Snap/Velcro type1 pc RM28.00
2 pcs RM55.00
4 pcs RM104.00
6 pcs RM158.00
8 pcs RM192.00
10 pcs RM250.00

Refer pada Jualan Penghabisan Stok 




QQ PRODUK



QQ Minky Bamboo1 pc RM35.00
2 pcs RM69.00
4 pcs RM132.00
6 pcs RM200.00
8 pcs RM248.00
10 pcs RM320.00

Refer pada Jualan Penghabisan Stok





QQ Snazy Minky Velcro
1 pc RM33.00
2 pcs RM65.00
4 pcs RM124.00
6 pcs RM188.00
8 pcs RM248.00
10 pcs RM300.00

Refer pada Jualan Penghabisan Stok





QQ Plain Colour1 pc RM28.00
2 pcs RM55.00
4 pcs RM104.00
6 pcs RM158.00
8 pcs RM192.00
10 pcs RM250.00

Refer pada Jualan Penghabisan Stok 



Untuk membuat tempahan sila e-mail ke mila.surat@gmail.com atau SMS ke no telephon 012 7089200. Tawaran harga diatas tidak termasuk belanja kos penghantaran. Untuk pelanggan tetap Mila N Kids Collections, harga istimewa akan diberikan kepada anda.

Penjagaan Cloth Diaper

Bagaimana mencuci dan menjaga lampin kain moden.

Setiap set lampin kian moden yang anda beli, anda akan menerima 1 keping lampin kain moden dan 2 keping lapik gantian (Insert) yang mengandungi 3 lapisan microfiber, kapas dan juga baldu buluh juga campuran polister dibahagian luarnya.

Mencuci lampin kain moden sebelum digunakan

Lampin kain moden yang baru mestilah dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mendapatkan hasil penyerapan yang baik. Rendam di dalam air panas semalaman, kemudian cuci dengan sedikit sabun pencuci (lampin kain moden tidak memerlukan banyak sabun pencuci). Keringkan seperti biasa. Pencucian ini sebaik-baiknya dilakukan 2 - 3 kali untuk hasil penyerapan yang baik. Anda boleh memilih untuk menggunakan cucian secara cuci tangan atau menggunakan mesin basuh. Anda di galakkan untuk meletakkan lampin kain moden didalam beg cucian sebelum mencucinya dengan mesin basuh . Sila pastikan sabun pencuci anda bebas dari bahan peluntur, pelembut dan bahan enzim yang lain.

Bilakah masa yang sesuai untuk menukar lampin kain moden

Lampin kain moden perlu ditukar sebaik sahaja basah atau terdapat kekotoran najis. Adalah digalakkan untuk menggunakan lampin kain moden dan lampin pakai buang selama 3-4 jam sekali guna, kecualilah di waktu malam atau semasa sikecil anda tidur.

Gunakan wetbag untuk menyimpan lampin kain moden yang basah.

Bagaimana mencuci kekotoran pada lampin kain moden?

Keluarkan lapik gantian (insert) dari poket lampin kain moden sebelum mencucinya. Masukkan ke dalam bag cucian mesin dan masukkan ke dalam mesin basuh. Sekiranya anda membuat cucian tangan, pastikan anda telah memerahnya sehingga benar-benar kering untuk memastikan sabuh basuh benar-benar bersih. Jemur lampin kain moden anda dibawah sinaran matahari kerana sinaran matahari akan menanggalkan kesan sabun yang tertinggal.

Mencuci lampin kain moden Velcro

Setelah mengeluarkan lapik gantian (insert) dari poket lampin kain moden, terbalikkan lampin kain moden dan lekatkan velcro tape sebelum memasukkan lampin kain ke dalam mesih basih. Ini adalah untuk mengelakkan velcro tape melekat pada lain-lain pakaian di dalam mesin basuh.


Sabun basuh yang dicadangkan

Secara asasnya, semua sabun yang tiada bahan peluntur , bahan pemutih, atau bahan enzim lain boleh digunakan. Jenama sabun pencuci dibawah adalah dicadangkan:-

  1. Pureen HAD/ABD
  2. KAO Attack
  3. Cosway - KIDDIEWASH
  4. Sabun pencuci Top (Paket berwarna oren)
  5. Trojan (serbuk, dengan harga terendah)
  6. Harimau Kuat

Untuk menghilangkan kotoran degil yang meninggalkan bau yang kurang menyenangkan dari lampin kain moden.

Menggunakan lebih sabun basuh atau apa saja bahan pembersih untuk lampin kain moden akan meninggalkan sisa sabun. Ini mungkin akan menyebabkan lampin kain moden anda tidak berfungsi dengan baik, mengalami kebocoran atau kurang kesan penyerapan.

Untuk menanggalkan kekotoran dan bau yang degil, sila ikuti langkah berikut:-

  1. Isi air panas didalam baldi.
  2. Masukkan sedikit cecair pencuci.
  3. Cuci tangan lampin kain moden anda , gosok beberapa kali atau gunakan berus basuh yang lembut untuk menghilangkan kekotoran.
  4. Ulangi proses yang sama untuk bahagian dalam.
  5. Keringkan, pastikan air telah kering dan bebas dari bahan pencuci.
  6. Bilas dan keringkan menggunakan samada menggunakan tangan atau mesin basuh tanpa bahan pencuci, peluntur atau pelembut.
  7. Jemur di bawah sinaran matahari.

Sungguh mudah bukan?. Anda pasti akan melakukannya dengan gembira untuk si kecil comel anda setelah melihat hasilnya yang sangat mudah kendalian, tahan lasak, mudah dibawa, cantik, menarik dan sangat menjimatkan wang anda.

Selamat bergembira.

1 saiz kepada 3 saiz

Bagaimana mengubah saiz lampin kain moden dari S kepada M dan L.

Ikuti step 1 hingga 6 untuk mengubah saiz lampin kain moden dan memasukkan lapik (Insert)



Mengubah saiz lampin kain moden Velcro Tape

Dengan hanya memiliki 1 keping lampin kain moden, anda boleh mengubah saiz mengikut berat si kecil dari 3kg hingga 13kg dengan hanya mengubah butang-butang yang terdapat pada permukaan lampin kain moden. Anda juga boleh mengubah saiz lampin kain moden mengikut besar pinggang dan peha si kecil.

1 saiz kepada 3 saiz, S,M dan L.

Semestinya menggunakan lampin kain moden amat menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang dan seterusnya membantu anda menjaga alam sekitar.

Saturday, July 17, 2010

Selamat datang dan terima kasih

Hi...

Mila N Kids Collections mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melawat blog Mila N Kids Collections. Teruskan bersama kami kerana anda akan menemui apa yang anda cari-cari selama ini terutama untuk keperluan bayi dan ibu.

Buat masa ini Mila N Kids menawarkan anda barangan lampin kain moden terpilih dengan harga yang berpatutan,berkualiti serta mempunyai pelbagai warna dan corak.Penggunaan lampin kain moden ini kini telah menjadi pilihan ramai kerana telah terbukti lebih praktikal serta menjimatkan wang untuk pelaburan jangkamasa panjang.

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 2 tahun, seorang bayi menggunakan sekurang-kurangnya 5000 hingga 7000 keping lampin pakai buang?. Harga lampin pakai buang berjenama RM0.60/sekeping, jika seorang bayi itu menggunakan 8 keping sehari, sebulan harga yang pelu dibayar ialah RM144.00. Dalam tempoh setahun perbelanjaan yang harus dikeluarkan untuk membeli lampin pakai buang ialah RM1728.00.

Dan tahukah anda lampin pakai buang bayi adalah penyumbang sampah ketiga terbesar dunia dan mengambil masa selama 500 tahun untuk dilupuskan?.

Sebagai ibu dan bapa yang perihatin kepada keselamatan alam sekitar,marilah kita bersama-sama menjaga alam sekitar mulai sekarang dengan bertukar kepada penggunaan lampin kain moden.

Pada masa akan datang Mila N Kids Collections akan menawarkan barangan keperluan bayi yang lain dan juga keperluan untuk ibu-ibu pula. Teruskanlah bersama kami ok.